FOUNDER: FAIZUN BIN SARIBUKUAT
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEPUJIAN SAINS KOGNITIF (UNIMAS)
PENGALAMAN LEBIH 10 TAHUN DALAM PEMBANGUNAN WEBSITE
PENGALAMAN MARKETING DAN ADMINISTRATION

MATLAMAT PENUBUHAN NETWORK SABAH

Penubuhan Network Sabah berteraskan semangat komuniti bagi membina ekosistem kolaborasi digital bersama usahawan di Negeri Sabah melalui penyediaan dan pemerkasaan laman web berstruktur yang selari dengan keperluan teknologi kecerdasan buatan (AI). Inisiatif ini bertujuan membantu usahawan membina aset digital jangka panjang yang mampan, meningkatkan keterlihatan dan kepercayaan perniagaan, serta membolehkan perniagaan dikenal pasti dan dicadangkan secara berkesan dalam landskap AI-Driven Buying.

Secara keseluruhannya, Network Sabah menyokong pertumbuhan ekonomi Negeri Sabah melalui pengukuhan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), khususnya dalam sektor perkhidmatan dan produk, selari dengan keperluan pemodenan digital dan peralihan kepada ekonomi berasaskan teknologi serta kecerdasan buatan.

VISI

MISI

MOTO

Menjadi komuniti usahawan digital Sabah yang pada masa hadapan menjalinkan kerjasama strategik dengan kerajaan bagi memperkasa usahawan melalui pembangunan ekosistem digital dan teknologi kecerdasan buatan (AI), seterusnya menyokong pertumbuhan ekonomi negeri.

  1. Membangunkan dan menyelaras pembinaan laman web usahawan yang berstruktur selari dengan keperluan ekosistem digital dan AI
  2. Membimbing usahawan dalam penggunaan data, kandungan dan sistem digital bagi meningkatkan keterlihatan serta kepercayaan pelanggan.
  3. Menjadi penghubung pelaksanaan program dan inisiatif kerajaan dengan komuniti usahawan secara berfasa dan berstruktur.

Bersama AI, Usahawan Sabah Menakluk Masa Depan
– Menekankan sinergi antara teknologi dan usahawan, di mana AI menjadi rakan strategik yang membantu membuat keputusan pantas, meningkatkan jualan dan kecekapan. Dengan memanfaatkan AI, komuniti usahawan dapat berkembang, bersaing secara berkesan, dan menakluk cabaran masa depan dalam ekosistem digital yang semakin maju.

Manfaat Website kepada Usahawan:

Meningkatkan Kredibiliti & Profesionalisme
Pelanggan lebih yakin dengan perniagaan yang mempunyai laman web profesional.

Membuka Pasaran Lebih Luas
Perniagaan boleh diakses  global serta disokong oleh AI-driven buying untuk memaksimakan penjualan

Kawalan Penuh ke atas Kandungan
Usahawan bebas mengurus produk, servis, promosi dan strategi pemasaran.

Aset Digital Jangka Panjang
Laman web dimiliki sepenuhnya, berpotensi menjadi rujukan AI dan aset digital penting untuk pembangunan ekonomi Sabah.

Alat Pemasaran & Penjana Pelanggan
Membantu menarik pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada melalui pendekatan AI yang efisien.

Operasi Tanpa Henti
Perniagaan boleh beroperasi tanpa henti, memanfaatkan teknologi AI untuk meningkatkan jualan dan kecekapan operasi.

Pemasaran Digital & Laman Web: Manfaat untuk Usahawan dan Ekonomi Negeri

Perdagangan Antarabangsa (E-Dagang)

Boleh pasarkan produk tempatan ke seluruh dunia

Meningkatkan eksport Sabah dan membuka peluang pasaran global


Pemasaran Destinasi Pelancongan

Meningkatkan kepercayaan pelanggan melalui maklumat sah di laman web

Tarik lebih ramai pelancong → impak positif kepada hotel, restoran, pengangkutan & peniaga kraftangan

Peningkatan Jualan

Tingkatkan kesedaran pengguna terhadap produk dan perkhidmatan tempatan

Merangsang ekonomi melalui transaksi antara peniaga dan pelanggan

Penggunaan Teknologi oleh Usahawan

Pendidikan digital & strategi SEO meningkatkan keterlihatan perniagaan

Meningkatkan daya saing ekonomi negeri secara keseluruhan

Penubuhan Network Sabah adalah bertitik tolak daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk membantu para peniaga di Negeri Sabah mengembangkan perniagaan melalui kaedah online iaitu laman web/pemasaran digital seperti mana yang telah dilakukan oleh saudara kita (para peniaga) yang berada di semenanjung Malaysia.

Network Sabah juga telah merangka hala tuju untuk menyumbang dalam pembangunan Ekosistem Ekonomi Sabah melalui pembangunan laman web/pemasaran digital sektor perusahaan kecil dan sederhana bagi mengalakkan rakyat Sabah membelanjakan wang mereka untuk barangan dan perkhidmatan tempatan agar aliran wang tersebut kekal dalam negeri dan terus mengalir antara sektor yang berbeza, keadaan ini secara tidak langsung akan menciptakan kitaran ekonomi yang positif disamping peningkatan kemasukan aliran mata wang dan pelabur terutama peningkatan jangkauan global dalam sektor pelancongan.

Hubungi Sekarang

Hi tuan/Puan ada apa-apa pertanyaan?
Scroll to Top